12 April 2011

Petua Hilangkan Batuk


Selamat malam....Haa..mesti anda tertanya2xkan ape kenela ngan pokok lidah buaya ngan N3 kite malam ni..Sebenarna hari ni kite nak kongsi petua untuk hilaggkan batuk.
Almaklumla..kite ni batuk berterusan..dah dekat seminggu dah..
So..godek2x la cari petua kat tenet ni...
Dalam pada mencari tu..kite terjumpa la petua ni kat sini

Macam ni petuanye..

Bagi yang mengalami batuk berterusan tu...bolehla ambil daun lidah buaya (bahagian isinye sahaja)
Hiris halus kira 20gram,Pastu masukkan madu kira2x 40cc.
Ramuan ini diminum 2 kali sehari selama 7 hari.

TETAPI...

Pesakit perlulah berpantang seperti berikut:-
1. tidak terlalu bnyk mkn mknn manis
2. Jangan tidur tidak menentu(jgn kurang tidur)
3. Jgn masukkan jari ke dalam mulut(seperti yg dilakukan oleh budak2x)
4.Jangan mkm bnyk mknn pedas
5.Perbanyakkan zat dalam mknn seharian.

Memandangkan kat umah kite ni adela pokok lidah buaya tu..bolehla kite cuba petua ni ye...
InsyaAllah akan sembuh dengan izin Allah...Aminnn...

11 April 2011

Khasiat Madu Dan Kurma


Amalkan makan satu sudu madu Lebah pada waktu malam sebelum tidur, diikuti dengan beberapa teguk air masak . Pada awal pagi pula (tidak kurang dari setengah jam sebelum bersarapan, amalkanlah memakan sebiji buah kurma segar.

MENGAPA MADU DAN KURMA ? 

MADU LEBAH ~ mempunyai berbagai-bagai khasiat. Sabda Nabi s.a.w: "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." ~ Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan".

 BUAH KURMA ~ mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungannya seperti zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. ~ Sumber tenaga kerana mengandungi glukosa yang merupakan unsur gula dalam darah. Kurma merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. ~ Membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membantu membentuk minda yang sihat. ~ Kesimpulannya, Madu Lebah amat berkesan dari segi pencegahan, manakala Buah Kurma amat penting bagi pertumbuhan dan peningkatan kesihatan 

MENGAPA? 

~ Gaya atau amalan pemakanan seharian sejak kita bangun tidur hingga masuk tidur merupakan penentu utama tahap kesihatan kita untuk hari-hari seterusnya. Jika pengambilan setiap makanan/minuman dilakukan dengan tidak berhati-hati, risiko pengumpulan bahan-bahan pengumpulan bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti lemak, kolestrol, kimia, toksik, racun, kafein, dadah dan lain-lain dalam sistem dalaman tubuh adalah tinggi. Segala bahan inilah yang akan menjadi penyebab berbagai masalah kesihatan mahupun penyakit kronik seperti barah, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, kegemukan dan lain-lain. Amalan makan madu lebah sebelum tidur adalah adalah satu cara terbaik untuk mengimbangi atau menangani masalah tersebut. Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam madu lebah akan melakukan kerja-kerja penyingkiran toksik, bahan kimia, racun, menghancurkan lemak dan kolestrol, meredakan ketegangan saraf dan memperkayakan kandungan vitamin dan zat dalam tubuh, semasa kita tidur. Pada waktu pagi, sebelum menjamah sebarang jenis makanan, daya serap semua sel dan saraf dalam tubuh berada pada tahap yang tinggi. Keadaan ini menyebabkan kandungan vitamin, glukosa semulajadi dan zat yang terdapat dalam buah kurma dapat diserap oleh sistem tubuh secara maksima. Ini memberi kesan yang amat besar dalam daya tahan dan tahap kesihatan seseorang yang mengamalkannya. Dengan rutin yang tetap gaya pemakanan tersebut, insyaAllah selepas beberapa bulan selepas mengamalkannya akan berlakulah berbagai perubahan, melibatkan peningkatan kesihatan dan penyembuhan penyakit secara cepat dan berkesan. 

BAGAIMANA ?

 ~ Amalkan memakan Madu Lebah Asli pada waktu malam sebelum tidur dan memakan Buah Kurma Segar pada awal pagi selepas bangun tidur. 

Khasiat Madu Lebah Asli 
~ Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi. ~ Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. ~ Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh. ~ Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan,menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser . ~ Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan. ~ Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin. 

Khasiat Buah Kurma Segar 
~ Kandungan anti oksidan di dalam kurma adalah dua kali ganda berbanding kismis, aprikot kering dan blueberry. ~ Kurma memberi tenaga serta-merta menerusi kandungan gulanya sebanyak 50 hingga 57 peratus glukosa. Orang berpuasa yang berbuka dengan kurma akan berasa segar dan bertenaga dan dapat beramal tanpa rasa letih atau mengantuk. ~ Potasium yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf terkandung di dalam kurma. Potasium jika diambil berlebihan tidak memudaratkan tubuh badan, sebaliknya sangat baik untuk mengatasi masalah seperti sembelit, lemah otot, letih, stres, sengal-sengal badan dan untuk menguatkan daya ingatan. ~ Sekiranya dimakan tanpa membuang kulitnya, kurma dikatakan dapat melawaskan pembuangan najis dan mencegah daripada masalah barah usus. ~ Kurma juga sesuai untuk dimakan oleh wanita yang kekurangan susu badan kerana kandungan zat besi dan kalsium di dalam kurma dapat menambahkan air susu. ~ Kurma turut membantu dalam tumbesaran kanak-kanak yang berperanan dalam pembentukan darah dan sumsum tulang. ~ Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus dan dijadikan serbuk seperti teh. Serbuk ini kemudian direndam dan diminum untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. ~ Kurma juga digunakan dalam kaedah perawatan sufi.

Kira Kalori Dalam Makanan Seharian





Selamat Petang semua...Today kite nak cakap pasal kalori.Almaklumla..memandangkan lemak kat badan kite ni da berketul2x sana sini..So..langkah yang terbaik kite rase adalah mengurangkan kalori yang kite amik sehari2x.Itupun kite ikut cadangan kak min yg mengamalkan low calori way of cooking ni.Tq ye kak.min 4 share this.Akan kite ikut cadangan kak min tuh...hehehe...Ok..pada sesiapa yang nak joint kite turunkan berat badan tu jom tgk sini.....



PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN
Kategori:Kuih Muih
  1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
  2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
  3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
  4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
  5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
  6. Popia basah (satu) = 95 kalori
  7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
  8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
  9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
  10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
  11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
Kategori: Lauk Pauk
  1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
  2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
  3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
  4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
  5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
  6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
  7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
  8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
  9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
  10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
  11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
  12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
  13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
Kategori: Makanan Rutin
  1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
  2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
  3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
  4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
  5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
  6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
  7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
  8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
  9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
  10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
  11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
  12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
  13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
  14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
Kategori: Makanan Segera
  1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
  2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
  3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
  4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
  5. Burger keju (satu) = 425 kalori
  6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
  7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
  8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
Kategori: Buah-buahan
  1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
  2. Betik (sepotong) = 45 kalori
  3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
  4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
  5. Limau (sebiji) = 42 kalori
  6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
  7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
  8. Epal (sebiji) = 63 kalori
  9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
  10. Mangga (sebiji) = 103 kalori
Kategori Minuman
  1. minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
  2. minuman kotak 250g = 105 kal
  3. susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
  4. susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
  5. aiskrim 2 skop= 390 kal
  6. susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
  7. yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
  8. mentega 2 sudu teh = 75 kal
  9. keju chedar 1 keping =58 kal
  10. Teh tarik = 120 kal
  11. Kopi susu = 120 kal
  12. Teh O = 20 kal
* Panduan ni kite dapat dari sini

Ni pula antara kandungan kalori dan lemak dalam beberapa makanan kegemaran rakyat Malaysia:


  1.  Nasi lemak (210 gram berserta nasi dengan santan, telur goreng, ikan bilis dan sambal) - 494 kalori
  2. Roti canai (95 gram) - 301 kalori, 31 peratus lemak
  3.  kari (410 gram) - 529 kalori, 63 peratus lemak
  4. Laksa lemak (540 gram) - 591 kalori, 54 peratus lemak
  5. Nasi ayam tanpa lauk (230 gram) - 278 kalori, 10 peratus lemak
  6. Mi goreng (325 gram) - 598 kalori, 44 peratus lemak
  7. Kuetiau goreng (170 gram) - 312 kalori, 43 peratus lemak
  8. Kentang goreng (349 gram) - 1,124 kalori, 50 peratus lemak
  9. Burger daging (194 gram) - 496 kalori, 32 peratus lemak
Dah tahukan berapa bnyk kalori dlm makanan yang kite makan sehari-harikan...Mari kite tgk pula mcmana kalori di bakar:-

Bagaimana untuk bakar kalori?


Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!


Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?


Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang
Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.


1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf ( bawa sendiri Club ) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8) Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori

Haaa....itu die care2x untuk kembali langsing..kikiki...mengikut saranan Dr.Rozmey pula (Jusmate 5), Kite boleh makan ape saje yang kite nak tapi denagn syarat jumlah kalori yang diambil dalam 1 hari tidak boleh melebihi 1000 kalori....Paling mujarab laggi kalo 5 jenis  makanan ni dielekkan;Nasi, Mee, KFC, Pizza dan Kek. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta minum air masak lebih dari biasa.

Ok..Gud Luck 4 me and 4 u yang tgh nak turunkan berat badan mcm kite gak..hehehe

10 April 2011

The Conquest of Kinabalu

Selamat malam smue....haiii....kite dah balik kerteh dah...sebenarnye dah 3 hari kite kat kerteh ni.cume kite xsihat jer 2-3 hari ni.kene selsema pulak...ni pun xberapa baik lg ni... okla...N3 mlm ni layan la gambar2x en.hubby pegu gunung kinabalu ye..


Ade gaye pak cik tukang kebun x??



Da bertongkat hubby kite ni...penat sayang???


Dipuncak Gunung Kinabalu...muke kesejukan semuanye...



masih mampu tersenyum dlm muke yg ketat itu...


Mane sarung tangan 1 lagi tu??


Muke nampak tua dari usia sebenar kerana terlalu sejuk


Penat + Hepi....

Jeles betul kite tgk gambar2x ni...Xpe,suatu hari nanti akan ku sana jua....(BERANGAN)