Assalamualaikum..
N3 kali ni aku nak kongsi cerita "Aku Tak Bodoh" yang baru jer aku tgk kejap tadi..Memang aku terlambat nengoknyer..Tapi aku bersyukur..sbb aku masih tidak terlambat utk mengambil pengajaran dari citer tu...Kat bawah ni aku kongsi sikit sinopsis citer tu...
Filem Aku Tak Bodoh berkisarkan tentang seorang pelajar bernama Roy, 16 tahun yang menghadapi liku-liku hidup remajanya. Seperti remaja yang lain, Roy cuba memahami kata neneknya yang menegaskan bahawa adat orang melayu menuntut orang muda menghormati orang yang lebih tua dan tidak boleh melawan kata walau apa jua keadaannya. Ibubapa Roy terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk Roy dan adiknya di rumah.Bapanya seorang pencipta program komputer percaya kritikan bapanya dahulu terhadap dirinya menjadikan dirinya seorang yang berjaya dan dia yakin tradisi ini perlu diteruskan dalam membesarkan Roy dan adiknya.Ibu Roy pula bekerja sebagai pengarang majalah senior. Mereka berusaha mengumpulkan kemewahan untuk keluarga mereka kerana menganggap itu yang paling penting dalam peranan sebagai ibubapa. Mereka juga tidak percaya pujian pada anak-anak adalah sesuatu perkara yang baik. Adik Roy juga mengalami situasi yang kritikal. Disebabkan pemikiran komiknya, dia menyangka dirinya telah membuatkan kawan kelasnya mengandung dan cuba bertanyakan ibubapanya dari mana datangnya seorang bayi itu. Akibat kurang mendapat perhatian dari ibubapanya, Roy mula terjebak dengan kumpulan budak nakal. Dirinya semakin bertambah tertekan apabila cikgu sekolahnya selalu menyindir dirinya. Roy mula hanyut dengan perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral dan rasa dirinya dihargai dalam kumpulan tersebut. Akhirnya ibubapa Roy menyedari kesilapan didikan mereka yang menyebabkan anak-anak mereka mula bersikap pasif. Mereka berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan kembali hubungan kekeluargaan mereka.
Citer ni banyak memberi pengajaran kepada aku sebagai ibu.Alhamdulillah..aku masih belum terlambat untuk mendidik anakku dengan cara yang betul..Kepada semua ibu bapa ...aku syorkan korang tgk citer ni...Jgn lupe jdkan pengajaran utk masa depan anak kite.jgn tgk sajer jer ye..
Citer ni banyak memberi pengajaran kepada aku sebagai ibu.Alhamdulillah..aku masih belum terlambat untuk mendidik anakku dengan cara yang betul..Kepada semua ibu bapa ...aku syorkan korang tgk citer ni...Jgn lupe jdkan pengajaran utk masa depan anak kite.jgn tgk sajer jer ye..
P/s:Yang baik jadikan tauladan...