11 November 2011

Dia Anugerah Terindah

Sayang...mungkin tidak terlalu lewat untuk saya postkan N3 ini.7/11/2011 genap 2 tahun usia perkahwinan kita.Ye..memang dah 4 hari ia berlalu.Namun saya baru berkesempatan untuk menyampaikan ucapan ini untukmu suamiku yang tersayang. Terlebih dahulu terima kasih banyak2x kerana sayang telah mengingatkan saya   hari Ulang Tahun Perkahwinan kita tempohari.Serius saya memang btul2x lupa akan hari tersebut.Mungkin sebab terlalu sibuk melayan si manja kite yang kuat meragam kerana demam pada hari itu.Tapi...ketika sibuk melayan si manja..saya terkenangkan saat perkahwinan kita.Waktu akad nikah di masjid, kenduri di rumah Mok Roh dan kite sama2x bersihkan kawah2x kenduri.Semua itu mengundang rindu yang menggunung dihati ini.Tak disangka rupa2xnya hari itu adalah hari ulang tahun perkahwinan kita yang ke-2.

Sayang...
Menjadi seorang isteri kepada seorang suami sebaik sayang, buat diri ini berasa sngt bertuah.Bertuah kerana Allah telah menganugerahi seorang lelaki yang sangat mulia untuk mencintai dan menyayangi wanita yang  serba kekurangan ini.Dia kurniakan sayang sebagai tempat untuk bermanja,tempat untuk meluahkan segala sesak didada,tempat untuk menangis juga untuk bergurau mesra ,juga tempat untuk meluahkan rasa cinta yang sarat didada. Terima kasih sayang, kerana sanggup menghadapi susah senang bersama2x..

Sayang...
Tiada ucapan atau kata-kata indah kerana diri ini tidak pandai bermadah berbunga.Hanya doa mengiringi tiap langkah sayang..Agar Allah sentiasa memelihara kesihatan fizikal dan emosi sayang,agar sayang sentiasa berjaya dalam apa jua impian sayang..Juga supaya Allah sentiasa melimpahkan didalam hati kita rasa cinta yang melimpah ruah terhadap satu sama lain.Agar keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga kita berkekalan di dunia dan juga diakhirat.

Buat suami tercinta Raimi bin Jamil


-I Love You So Much-