26 June 2011

Ya Allah..Bantulah Aku Untuk Melupakan Dia



Salam...dua tiga hari ni..ibu rase hati ibu ni sakit kembali...atas kesilapan ibu sendiri..yang tergerak hati nak amik laptop lame ibu nak bagi rayyan main.secara tak sengaja ibu menemui kad ucapan hari jadi untuk dia di dlm beg laptop itu..Lantas mengingatkan kembali memory ibu terhadap dia..Ternyata ibu masih tidak dapat melupakan peristiwa itu..Peristiwa yang cukup untuk merobek hati ibu..Hancur luluh hati ini mengenangkan  semua itu...Peristiwa itu cukup untuk membuatkan ibu kehilangan kerja...Dia telah merampas kebahagiaan ibu dan juga menyebabkan kepercayaan ibu terhadap org yang ibu paling syg mula goyah.Tindakannya menyebabkan ibu rasa sangat kecewa...kekecewaan yang  amat sngt menguasai diri ibu suatu ketika dulu.Sehingga Ibu tidak dapat menumpukan perhatian pada kerjaya ibu dan diri ibu sendiri..Akibatnya..Ibu kehilangan kerja....Dan ketika ini...tika ibu masih lg berusaha untuk melupakan segalanya...membina semula keyakinan ibu yang telah hilang...ibu terjumpa kad itu...Ternyata..ibu masih lg tidak dapat memaafkannya...hati ibu kembali sakit.terkenangkan kisah lalu...Sebab itulah..setiap kali abi pergi kerja..ibu menangis sendiri...Dengan harapan ibu dapat melupakan segalanya..dengan harapan sakit hati ibu,resah hati ibu ini hilang..sehingga hari ini, ibu cuba untuk melupakannya..cuba untuk memaafkannya..tapi ibu tidak boleh...Semalam..ibu cari die di friendster..cari die di facebook..yes..ibu jumpa..ternyata dia sudahpun berkahwin..dan dia bergembira bersama suaminya..Tidak adil ibu rasa...disaat ibu berduka kesan perbuatannya...dia bergembira..Tidak ade langsungkah perasaan bersalah dalam dirinya terhdap ibu???

Ya Allah..berikanlah aku kekuatan ini untuk aku melupakan apa yang telah dia lakukan terhadap diriku...Berikanlah aku kekuatan untuk aku memaafkan dirinya...Kerana aku tahu..selagi aku tidak dapat memaafkannya..selagi itulah aku akan rasa terseksa dengan semua ini..Ya Allah..aku sayang suamiku..aku sayang rumah tanggaku...Jadi..Engkau berikanlah kekuatan kepadaku untuk melupakan segalanya..Amin ya rabbal aalamin...

No comments: