24 January 2012

Doa Amalan Banyakkan Susu

Memandangkan mase bersalin Rayyan dulu susu badan xbanyak..so..bersalin anak kedua ni..harapnya bnykla susu badan ye..terkilan la juga mase Rayyan dulu hanye sempat menyusu setakat 6 bulan jer.Pastu susu badan terus xde.Bersalin kali ni..harapnya banykla susu badan ye..dan harap2x cukup untuk menyusukan anak sampai die berumur dua tahun.So..sebagai persediaan..disamping mendapatkan produk untuk tambah susu badan...saye ade terjumpa doa amalan untuk tambah susu badan ni...Marilah kite same2x amalkan.InsyaAllah Allah akan sentiasa melimpahkan rezeki kepada mereka yang selalu berdoa dan mengharap kepada-Nya..Amin...

Doanya ialah..


Maksudnya:-
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".


Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga  Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg  cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun.



11 January 2012

Buat Bonda,Ayahanda & Saudara-mara Yang Menanti

Assalamualaikum....pertamanya anakanda pohon maaf kerana masih lagi gagal membawa cucu bonda & ayahanda amir rayyan balik kampung.Anakanda tahu kalian begitu rindukan amir rayyan. Tapi anakanda rasa serba salah untuk pulang ke kampung. Sebenarnya..anakanda tak mahu wat org lain susah ngan kepulangan kami nanti..Banyak pihak yang susah..
                      Pertamanya...suami anakanda mungkin tidak akan selesa untuk duduk di rumah kita yang sempit tu.Tambahan pulak keluarga kita ramai..Kat mana suami anakanda nak tidur? Bagi anakanda & amir rayyan,kami tidak kisah langsung andainya kami kena tidur kat ruang tamu pun.Tapi..suami anakanda mungkin tidak biasa tidur diruang tamu. Malahan masalah keselesaan seringkali diungkitkan tiap kali kami ingin pulang ke kampung. Nak blk rumah ibu bapa dia sendiri pun dia merungut tentang keselesaan..apatah lagi nak datang rumah kitakan!!!...
                     Keduanya...tidak tergamak rasanya anakanda menyusahkan ayahanda & bonda lagi untuk menyediakan makan minum untuk kami sekeluarga. Semenjak berkahwin..anakanda tidak mampu lagi memberi duit belanja bulanan walaupun RM10 sebulan untuk kalian. Apakan daya..anakanda sendiri pun tidak mempunyai pendapatan. Hidup terpaksa meminta2x dengan org. Maafkan anakanda. Anakanda tahu...dulunya kalian begitu mengharapkan dapat bergantung hidup dengan anakanda bila saja anakanda habis belajar. Tapi..harapan hanya tinggal harapan. Anakanda memang seorang yg gagal membahagiakan ibu bapa sendiri..Maka sebab itulah sampai sekarang anakanda rasa bersalah sngt pada kalian berdua. Dan sebab itu juga lah anakanda rasa tidak sanggup lagi menyusahkan kalian menanggung makan minum kami sekiranya kami pulang ke kampung.
                      Tambahan lagi, Anakanda rasa sngt bersalah kerana tidak dapat membantu menghulurkan sedikit pun duit untuk kalian untuk membesarkan rumah kita.Sedangkan bonda & ayahanda buat semua tu untuk keselesaan anakanda sekeluarga apabila pulang berpantang selepas bersalin nanti. Anakanda masih ingat,mula2x anakanda dapat kerja dulu.Bonda ada menyatakan hasrat untuk membesarkan rumah dan mengharapkan anakanda dapat menghulurkan wang untuk tujuan tersebut.Tapi sayang..harapan itu tidak kesampaian kerana anakanda berkahwin awal..semuanya salah anakanda...sekali lg anakanda minta maaf.
                    Bukan anakanda tidak merindui kalian semua..malah teramat rindu..tapi anakanda tidak sanggup lagi menyusahkan org lain.Anakanda tidak sanggup lagi menyusahkan insan2x yang anakanda sayang iaitu suami anakanda kerana sekarang,keewangan kami tidaklah begitu baik.Anakanda juga tak sanggup lagi menyusahkan ayahanda & bonda menanggung makan-minum kami sekeluarga.Cukuplah anakanda bakal menyusahkan kalian ketika tempoh berpantang nanti.Dalam tempoh itupun belum tentu lagi anakanda boleh hulurkan sedikat wang untuk kalian.Kalo ade rezeki..InsyaAllah...Kinah sekeluarga,syuhada & nazri pun akan susah sekiranya kami pulang.Anakanda rasa bersalah sngt apabila setiap kali kepulangan kami,mereka terpaksa berhimpit2x tdo diruang tamu.
                     Untuk itu..anakanda minta maaf banyak2x kerana tidak pulang ke kampung menziarahi kalian.Tidak pulang bukan bermakna anakanda melupai kalian..tapi anakanda terpaksa.sebab anakanda tidak mahu lagi diri ini menjadi bebanan org lain.terutamanya suami anakanda dan juga kalian berdua..Harap kalian mengerti...




MAAFKAN ANAKANDA !!!

08 January 2012

Doa Pelembut hati

Assalamualaikum...dah lame rasanya ibu tak update blog ni...pagi ni sementara Rayyan masih lena diulit mimpi ibu tergerak untuk berkongsi Doa Pelembut Hati ini.Doa ni ibu dapat mase tgk slot motivasi pagi yang bertajuk anak degil kat tv3.Doa yang dimaksudkan ialah daripada surah Tahaa ayat 1-6.





Doa ini baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibaca kepada ahli keluarga yang keras hati,malas dan degil.Amalan bacaan untuk Suami/isteri/anak yang degil atau tidak mendengar nasihat ialah:-

Baca doa ini sebanyak 3x sambil mengusap ubun3x kepala lalu dihembuskan ke ubun2xnya sebaik selesai membaca doa tersebut.Boleh juga dibaca dan dihembuskan pada air lalu diberi minum air tersebut kepada mereka. InsyaAllah..dengan doa dan tawakkal akan memperoleh anak yang soleh dan solehah..Amin..Boleh juga di amalkan sebagai doa pendinding diri..

P/S : Sama2xlah kita amalkan dengan harapan ahli keluarga kita menjadi umat yang soleh dan solehah..Amin..