Assalamualaikum....pertamanya anakanda pohon maaf kerana masih lagi gagal membawa cucu bonda & ayahanda amir rayyan balik kampung.Anakanda tahu kalian begitu rindukan amir rayyan. Tapi anakanda rasa serba salah untuk pulang ke kampung. Sebenarnya..anakanda tak mahu wat org lain susah ngan kepulangan kami nanti..Banyak pihak yang susah..
Pertamanya...suami anakanda mungkin tidak akan selesa untuk duduk di rumah kita yang sempit tu.Tambahan pulak keluarga kita ramai..Kat mana suami anakanda nak tidur? Bagi anakanda & amir rayyan,kami tidak kisah langsung andainya kami kena tidur kat ruang tamu pun.Tapi..suami anakanda mungkin tidak biasa tidur diruang tamu. Malahan masalah keselesaan seringkali diungkitkan tiap kali kami ingin pulang ke kampung. Nak blk rumah ibu bapa dia sendiri pun dia merungut tentang keselesaan..apatah lagi nak datang rumah kitakan!!!...
Keduanya...tidak tergamak rasanya anakanda menyusahkan ayahanda & bonda lagi untuk menyediakan makan minum untuk kami sekeluarga. Semenjak berkahwin..anakanda tidak mampu lagi memberi duit belanja bulanan walaupun RM10 sebulan untuk kalian. Apakan daya..anakanda sendiri pun tidak mempunyai pendapatan. Hidup terpaksa meminta2x dengan org. Maafkan anakanda. Anakanda tahu...dulunya kalian begitu mengharapkan dapat bergantung hidup dengan anakanda bila saja anakanda habis belajar. Tapi..harapan hanya tinggal harapan. Anakanda memang seorang yg gagal membahagiakan ibu bapa sendiri..Maka sebab itulah sampai sekarang anakanda rasa bersalah sngt pada kalian berdua. Dan sebab itu juga lah anakanda rasa tidak sanggup lagi menyusahkan kalian menanggung makan minum kami sekiranya kami pulang ke kampung.
Tambahan lagi, Anakanda rasa sngt bersalah kerana tidak dapat membantu menghulurkan sedikit pun duit untuk kalian untuk membesarkan rumah kita.Sedangkan bonda & ayahanda buat semua tu untuk keselesaan anakanda sekeluarga apabila pulang berpantang selepas bersalin nanti. Anakanda masih ingat,mula2x anakanda dapat kerja dulu.Bonda ada menyatakan hasrat untuk membesarkan rumah dan mengharapkan anakanda dapat menghulurkan wang untuk tujuan tersebut.Tapi sayang..harapan itu tidak kesampaian kerana anakanda berkahwin awal..semuanya salah anakanda...sekali lg anakanda minta maaf.
Bukan anakanda tidak merindui kalian semua..malah teramat rindu..tapi anakanda tidak sanggup lagi menyusahkan org lain.Anakanda tidak sanggup lagi menyusahkan insan2x yang anakanda sayang iaitu suami anakanda kerana sekarang,keewangan kami tidaklah begitu baik.Anakanda juga tak sanggup lagi menyusahkan ayahanda & bonda menanggung makan-minum kami sekeluarga.Cukuplah anakanda bakal menyusahkan kalian ketika tempoh berpantang nanti.Dalam tempoh itupun belum tentu lagi anakanda boleh hulurkan sedikat wang untuk kalian.Kalo ade rezeki..InsyaAllah...Kinah sekeluarga,syuhada & nazri pun akan susah sekiranya kami pulang.Anakanda rasa bersalah sngt apabila setiap kali kepulangan kami,mereka terpaksa berhimpit2x tdo diruang tamu.
Untuk itu..anakanda minta maaf banyak2x kerana tidak pulang ke kampung menziarahi kalian.Tidak pulang bukan bermakna anakanda melupai kalian..tapi anakanda terpaksa.sebab anakanda tidak mahu lagi diri ini menjadi bebanan org lain.terutamanya suami anakanda dan juga kalian berdua..Harap kalian mengerti...
MAAFKAN ANAKANDA !!!
No comments:
Post a Comment